Home Mengenai Kami

Pengguna Online

We have 8 guests online

Pautan

Pautan Berkaitan:
Banner
Banner
Banner
Mengenai Kami PDF Print E-mail
Written by Amir Hamzah   
Wednesday, 14 April 2010 16:58

 

SEJARAH

Kolej Negeri ditubuhkan pada 5 Julai 1988. Pada mulanya Kolej Negeri beroperasi di Bangunan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) dan menjalankan kursus kemahiran Bahasa Inggeris seperti TOEFL dan IELTS untuk pelajar tajaan MARA, Petronas dan beberapa agensi lain yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara. Beberapa kursus jangka pendek seperti Asas Komputer, Perakaunan dan Perniagaan turut ditawarkan.

Peningkatan bilangan pelajar dari setahun ke setahun telah mendorong Kolej Negeri untuk membuka beberapa cawangan. Kolej Negeri Bukit Chedang dibuka untuk menawarkan Program Diploma Sains Komputer secara kawalselia dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kolej Negeri Kuala Pilah menawarkan Program Sijil Sains Komputer dan Diploma Sains Komputer Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Diploma Teknologi Maklumat Institute of Commercial Management (ICM) United Kingdom. Sementara Kolej Negeri Plaza Ampangan pula menawarkan Program Diploma dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Bengkel Teknologi Kolej Negeri yang terletak di kawasan Perindustrian Ringan Senawang dibuka bagi memudahkan pelajar menjalani amali perbengkelan.

Kecemerlangan Kolej Negeri menyediakan perkhidmatan latihan dan pendidikan diiktiraf Kementerian melalui jemputan menjalankan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 1 Julai 1999 yang berlokasi di Pusat Matrikulasi Kolej Negeri (PMKN) di Taman Bukit Chedang. Untuk memudahkan pelajar-pelajar, Kayns Voyage Sdn Bhd (KVSB), High Ed Astel Sdn Bhd dan Kayns Collection Sdn Bhd ditubuhkan.

Pada 18 Februari 2000, Kolej Negeri dianugerahkan Sijil Kualiti ISO 9002:1994 daripada Det Norske Varitas (DNV) sebuah badan penilai daripada Norway. Anugerah disampaikan oleh Dato' Seri Rafidah Aziz, Menteri Perindustrian & Perdagangan Antarabangsa. Kini Kolej Negeri menawarkan 15 program Diploma secara kerjasama dengan UTM dan UPM, serta menjadi Pusat Bertauliah MLVK untuk 12 Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Program Bahasa Inggeris seperti Holiday English Programme dan Intensive English Programme turut ditawarkan.

Mulai November 2002, semua cawangan Kolej Negeri kecuali PMKN digabungkan bertempat di Seremban 2. Ianya adalah untuk meningkatkan kualiti pentadbiran dan kemudahan pendidikan yang disediakan di samping meningkatkan kecekapan pengurusan kapital dan sumber manusia selari dengan perubahan persekitaran kualiti pendidikan semasa.

 

OBJEKTIF

  • Mengembangkan potensi intelek, keyakinan, kemahiran dan sahsiah pelajar melalui silibus yang diolah khusus, kemahiran belajar dan teknik-teknik pangajaran/latihan yang berkesan.
  • Melengkapkan usaha-usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai ahli teknologi dan profesional Melayu/ Bumiputera.
  • Melahirkan tenaga mahir dalam bidang IT, Multimedia, Kejuruteraan, Teknologi, Pengurusan dan Perakaunan.
  • Melahirkan lebih ramai pelajar Melayu/Bumiputera yang menguasai bahasa asing khususnya Bahasa Inggeris
  • Menawarkan program pendidikan tinggi dan latihan bertaraf dunia untuk tujuan eksport.

 

MOTTO

Motto Kolej Negeri yang mudah tetapi unik lagi 'evergreen' memantapkan kedudukannya sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta negara yang unggul.

  • Cemerlang : Berhasrat melahirkan graduan yang cemerlang dalam akademik dan bukan akademik, mempunyai sahsiah yang tinggi, berakhlak mulia serta berketrampilan.
  • Sesuai : Program dan kursus yang ditawarkan adalah selari lagi sesuai dengan keperluan semasa negara dan pasaran selaras dengan pendidikan insan serta boleh diikuti oleh berbagai lapisan masyarakat.
  • Profesional : Pengurusan yang cekap, berkualiti dan berkesan adalah perkara utama untuk memastikan kecemerlangan program dan kursus yang ditawarkan untuk melahirkan graduan profesional dan separa profesional, komitmen kakitangan adalah berterusan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

 

MISI

Kolej Negeri berhasrat menjadi pusat pembelajaran dan pendidikan yang unggul, menyumbang kepada kemajuan insan dan penerokaan ilmu, membentuk sahsiah dan keperibadian pelajar, menggunakan sumber-sumber masyarakat dan alam sekitar dalam menyediakan pakej pendidikan dan latihan yang berkualiti dan memperkukuh usaha pendemokrasian pendidikan demi kemajuan negara dan bangsa.

Kolej Negeri menumpukan usaha dengan menawarkan program dan kursus dalam bidang ICT, Kejuruteraan, Teknologi, Pengurusan, Bahasa Inggeris dan bidang profesional lain selaras dengan matlamat yang ditawarkan. Kerjasama pendidikan terus dipertingkatkan.

Kepakaran tempatan dan luar negara turut membantu meningkatkan mutu perspektif pembelajaran yang ditawarkan. Keperluan fizikal pembelajaran terus ditambah dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kecemerlangan pencapaian akademik pelajar.

Program latihan dan peningkatan serta kemahiran pensyarah dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran.

Last Updated on Monday, 19 April 2010 09:42